Permaipura Homestay

Kepuasan Anda adalah Matlamat Kami
HP: 016-4060356 Tel/Faks: 04-4580012

PENGENALAN

Selamat datang ke website kami!

 

Kami amat mengalu-alukan kedatangan Tuan/Puan untuk mengunjungi laman web ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Permaipura Homestay.

 

 

 

Berlatar belakangkan keindahan alam, kami menyediakan perkhidmatan yang pastinya menjamin kepuasan anda.  Ia berkonsep ala hotel, dan amat sesuai bagi pengunjung yang mengutamakan ketenangan dan gaya hidup moden.

 

Malah keunikan homestay kami ialah sistem lampu tandas

 automatik yang akan menyala dan padam dengan sendiri apabila anda memasukinya dan setiap lampu & kipas di bilik tidur Deluxe House dilengkapi dengan alat kawalan jauh (Remote Control), side table lamp di bilik utama dinyalakan dengan hanya menyentuh sahaja. Di samping itu  lukisan dinding akan menyala secara automatik apabila ada orang di ruang tamu. Seterusnya anda hanya perlu mencabut satu kunci sahaja apabila anda hendak keluar di mana sistem elektrik di homestay ini akan terpadam secara automatik kecuali peti ais dan lampu kecemasan.

 

Selain daripada itu kami juga menyediakan Wifi / internet berkelajuan tinggi secara percuma kepada penginap-penginap di homestay ini. Penginap-penginap juga dapat menonton gambar yang jelas dan cantik di Smart TV 55 bersama Astro Beyond (HD) Super pack. Kami mengutamakan kebersihan dan kesihatan pelanggan dengan memastikan setiap cadar, sarung batal & selimut dibasuh dan dibilas dengan  anti bakteria (Dettol) dan ditukar setiap kali pelanggan menginap. Disamping itu bagi penginap yang mempunyai masalah kesihatan, kami juga menawarkan urutan tradisional khas kepada wanita muslim.

 

Anda pasti teruja apabila menginap di homestay kami kerana kesemua ciri-ciri berteknologi tinggi ini adalah untuk  penginap homestay kami yang mana tidak ada di homestay-homestay lain mahupun di hotel biasa.  Kepuasan anda adalah matlamat kami.

 

Permaipura Homestay memberi kemudahan kepada tetamu  yang ingin berurusan sekitar Kedah terutamanya di sekitar Sungai Petani dan Gurun seperti rombongan pertunangan, perkahwinan, seminar, kursus, pendaftaran/konvo anak-anak di universiti, rumah singgah untuk majlis perkahwinan dan sebagainya dengan kadar yang berpatutan.Tawaran ini terbuka kepada semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama (1 Malaysia).

 

Kami menyediakan  rumah teres dua tingkat corner lot, empat bilik berhawa dingin, 1 surau dan tiga tandas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan anda. Anda boleh menyewa bilik atau sebuah rumah. Bagi menjamin keselesaan anda, kami hanya menerima satu penyewa sahaja pada suatu masa.  Kami hanya menutup bilik yang tidak digunakan sahaja  dan anda dapat menggunakan segala kemudahan yang diberikan.

 

Sebagai penghargaan kepada anda yang menginap di homestay ini, kami akan memberi cenderahati ketika anda check out.

 

"KEGEMBIRAAN & KEPUASAN ANDA ADALAH MATLAMAT KAMI"

Ruang Tamu

 

 

 

ISTIMEWA & KEUNIKAN 

* Lampu lukisan hiasan dinding menyala secara automatik jika ada tetamu.

* Menonton Astro Beyond(HD) /DVD atau bermain Sony Play Station 1 dengan TV LCD.

* Free WiFi dengan kelajuan maksima 4Mbps

 

Bilik Tidur

 

ISTIMEWA & KEUNIKAN 

* Lampu side table akan menyala dengan hanya menyentuhnya.

* Kesemua lampu di dalam bilik ini dikawal oleh Remote Control.

* Kipas angin dan air cond dikawal oleh Remote Control.

* Lampu tandas akan menyala secara automatik apabila ada orang memasukinya dan padam apabila keluar.

* Lampu shower LED

* Lampu yang mengalunkan zikrullah/nasyid.

Teknologi Hijau

Homestay ini menyokong pelaksanaan Teknologi Hijau dengan;

  • Menanam pokok-pokok bunga, orkid & hiasan di taman
  • Menanam pokok-pokok yang digemari burung membuat sarang
  • Menggunakan 95% lampu jimat tenaga
  • Menggunakan lampu solar di taman
  • Memperbanyakkan penggunaan lampu LED
  • Menggunakan lampu shower  LED (tenaga elektrik dijana berpunca daripada tekanan air/water turbine)
  • Menggunakan alat kawalan jauh bagi kawalan lampu dan kipas
  • Menggunakan penderia gerakan (motion sensor) untuk mengawal penggunaan lampu.
  • Menggunakan penderia cahaya (light sensor) mengawal pengunaan lampu siang/malam
  • Menggunakan penderia sentuh (touch sensor) bagi mengawal lampu meja (side table)
  • Menggunakan Satu Kunci bagi kawalan keseluruhan sistem elektrik
  • Menyalurkan air penghawa dingin ke pancuran air
  • Memasang turbine ventilator untuk mengurangkan haba di bilik  dan aliran udara bersih
  • Merancang penggunaan air hujan untuk siraman taman dan sistem tandas
  • Merancang penggunaan solar heater menggantikan electric heater
  • Merancang pembudayaan 3R kepada penginap homestay
  • Merancang menyediakan kereta sewa injin hybrid kepada penginap
  •  


Layari halaman Teknologi Hijau

title

Click to add text, images, and other content

Senarai Tempahan

No upcoming events

Hotel-Hotel Berdekatan

Akasia (Sapphire) Hotel, Bedong (5 min)

Nuriz Inn, Sungai Lalang (10 min)

Harvard Hotel, Gurun (15 min)

Swiss In Hotel, Sungai Petani (20 min) 

Cinta Sayang Resort, Sungai Petani (25 min)

Seri Malaysia Hotel, Sungai Petani (25 min)

SP Inn, Sungai Petani (25 min)

Emerald Hotel, Sungai Petani (35 min)

Park Avenue Hotel, Sungai Petani (35 min)

Cuti-cuti di Kedah

Penghargaan / Komen

  • "Antara perkara menarik dalam latihan ini adalah tempat penginapan yang disediakan oleh pihak penganjur iaitu Homestay Permaipura di Sungai Petani, Kedah."
    alumnidebatuitm
    Sukarela berbakti, demi maruah universiti. | Page 2
  • ""The SP trip was planned for all our KL families to stay together and attend Sanjeev mama's wedding. So we stayed at Permaipura Homestay. I have to recommend this place as it is..."
    Vodkavidvimly
    Standard & Deluxe House
  • "Salam. Bersempena dengan perkahwinan sepupu, kami menuju ke Sg.Petani-tempat rumah rehat dimana kami akan menginap untuk 3malam. Kedudukan yang agak sesuai kerana tempoh perja..."
    Pelanggan
    Lepak di Permaipura Homestay

Kaunter Webs

Facebook / You tube

Twitter Follow Button