Permaipura Homestay

Kepuasan Anda adalah Matlamat Kami
HP: 016-4060356 Tel/Faks: 04-4580012

Deluxe House

Selamat datang ke Deluxe House, Permaipura Homestay.

Rumah teres dua tingkat lot tepi ini berlatar belakangkan  kehijauan alam flora dan fauna. Ia berkonsepkan rumah hijau ala hotel, dan amat sesuai bagi pengunjung yang mengutamakan ketenangan dan gaya hidup moden.  Rumah ini dilengkapi dengan meja taman dan disinari dengan lampu neon di waktu malam secara kawalan automatik. Pancaran laser yang berbentuk kelip-kelip malam akan terpancar secara automatik jikaanda bersantai di meja taman.   Di samping itu pagarnya dihiasi dengan lampu taman bertenagakan solar. Taman ini juga menyediakan batu refleksiologi bagi membantu anda melancarkan perjalanan darah, disebabkan kebas, sakit urat, lenguh yang berkemungkinan kesan dari perjalanan yang jauh.

Rumah ini juga berkonsepkan mesra pengguna, di mana sistem kawalan elektrik keseluruhan rumah adalah sistem kawalan berpusat untuk memudahkan anda menyala dan memadam lampu iaitu dengan hanya memasuk dan mengeluarkan kunci. Di samping itu anda boleh melayari internet melalui Wi Fi secara percuma.

Bilik-biliknya dihiasi bercirikan hotel dengan konsep hitam dan keemasan bagi mewujudkan ketenangan dan kedamaian. Setiap bilik dilengkapi dengan side table lamp. Anda tidak perlu menekan butang on/off untuk mengawalnya hanya sekadar menyentuh sahaja. Semua bilik dilengkapi kipas angin berkawalan jauh berserta alat penghawa dingin.  Anda boleh memilih sama ada menggunakan kipas angin atau alat penghawa dingin, kami hanya mengenakan caj tambahan yang minima bagi setiap bilik yang berhawa dingin. Kami juga menyediakan alat pemanas air  di tandas secara percuma jika anda memilih menggunakan alat penghawa dingin.

Bagi penginap muslim, kami turut menyediakan tanda arah kiblat dan sejadah berserta senaskah Al-Quran di setiap bilik. Disamping itu, satu lagi keunukan di bilik ini ialah lampu zikirullah. Ia akan mengalunkan  zikrullah dan sesuai untuk bemunajat di malam hari.  Selain itu, kami  menyediakan seterika dan iron board di bilik utama khas untuk memenuhi keperluan anda. Bagi menjamin keselesaan dan kesegaran kami memasang alat haruman penyegar udara di ruang  homestay ini dan penyah bau & pewangi di dalam almari bilik. 

Kami juga prihatin dengan kemahuan anak-anak anda justeru itu kami menyediakan TV dan Sony Playstation Games dengan caj yang minima di bilik utama  bagi menghilangkan kebosanan mereka.  Anda pasti tidak akan diganggu oleh mereka untuk menghidupkan lampu tandas kerana ketiga-tiga tandas Deluxe house ini dilengkapi dengan lampu kawalan automatik. Lampu ini akan menyala apabila anda memasuki tandas dan akan padam sendiri setelah anda keluar. Anda juga boleh memadamkan mana-mana lampu di dalam bilik ini dengan hanya menekan butang kawalan pada remote control. Pasti anda teruja kerana kesemua kawalan TV, Kipas, Air cond dan lampu berada dihujung jari anda. Rumah ini juga mengamalkan konsep Bumi Hijau dengan menanam pohon-pohon yang menarik minat burung, berbunga dan wangi. Sistem elektriknya menjurus kepada penjimatan tenaga di mana semua lampunya menggunakan lampu jimat tenaga dan Led. Haba buangan dari A-Cond membantu mengeringkan kain ampaian dan air buangan A-Cond dikitar semula untuk kegunaan tandas. Bagi memastikan kebersihan dan keselesaan anda, toilet blue dan tisu tandas juga disediakan.

 Ruang tamunya dihiasi dengan sofa kayu jati dan dilengkapi dengan TV LCD bersertasiaran Astro Beyond secara percuma. Anda juga boleh menggunakan DVD player bagi menonton video yang anda sukai. Di samping menonton anda boleh juga menikmati kopi di atas meja dan disertakan juga pemanas air elektrik (thermal pot) bersama alat pembakar roti (toaster). Kami juga menyediakan LCD  projector & Screen dengan caj yang minima bagi tujuan aktiviti latihan dan perniagaan.

 

Jika anda berhasrat untuk memasak, kami menyediakan set  dapur yang lengkap seperti periuk nasi elektik, dapur, peti ais, mineral pot, set pinggan mangkuk, berserta kelengkapan asas memasak dan barbecue bagi memenuhi keselesaan dan keperluan anda di Permaipura Homestay. Di ruang dapur ini juga kami turut menyediakan mesin basuh. 

 

Kawasan parking di tepi Deluxe House ini dapat menampung sebanyak lapan buah kereta dan sebuah di bawah anjung rumah.

 

 Gambar 2009

 

Gambar 2011

 


 

 

 

 

Gambar 2015 

 

Bilik dan Kapasiti

 

 

 BILIK

 BILANGAN PENGINAP

 KAPASITI MAKSIMA

GAMBAR 

 1

  • 2 orang dewasa
  • Boleh ditambah 1 tilam nipis (TOTO) atau 2 tilam bujang
4 orang dewasa 

 2

  • 2 orang dewasa
  • Boleh ditambah 1  tilam bujang
3 orang dewasa 

 3

  • 2 orang dewasa
  • Boleh ditambah  1 tilam bujang
3 orang dewasa 

 4

  • 1 orang dewasa
  • Boleh ditambah 1 tilam bujang
2 orang dewasa 

 

 Ruang tamu

  • Boleh di tambah 2 tilam nipis (TOTO) dan 2 tilam bujang
 6 orang 

  JUMLAH

18 orang

 

 

Senarai Tempahan

No upcoming events

Cuti-cuti di Kedah

Penghargaan / Komen

  • "Antara perkara menarik dalam latihan ini adalah tempat penginapan yang disediakan oleh pihak penganjur iaitu Homestay Permaipura di Sungai Petani, Kedah."
    alumnidebatuitm
    Sukarela berbakti, demi maruah universiti. | Page 2
  • ""The SP trip was planned for all our KL families to stay together and attend Sanjeev mama's wedding. So we stayed at Permaipura Homestay. I have to recommend this place as it is..."
    Vodkavidvimly
    Standard & Deluxe House
  • "Salam. Bersempena dengan perkahwinan sepupu, kami menuju ke Sg.Petani-tempat rumah rehat dimana kami akan menginap untuk 3malam. Kedudukan yang agak sesuai kerana tempoh perja..."
    Pelanggan
    Lepak di Permaipura Homestay

Facebook / You tube

Twitter Follow Button